Lee Shin Juan dan Ooi Shin Yee
Tajuk: Semangat Masyarakat

Kami telah menggunakan Visual Ranking Tool, Seeing Reason Tool dan Showing Evidence tool untuk melaksanakan projek ini.

Nilai berkaitan diri dan masyarakat terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4. Di bawah bidang tersebut, terdapat empat nilai iaitu tanggungjawab terhadap masyarakat, toleransi dalam masyarakat, semangat bermasyarakat, dan peka terhadap isu-isu sosial. Dari keempat nilai tersebut, salah satu nilai telah dipilih iaitu semangat bermasyarakat. Demi memupuk semangat bermasyarakat, satu acara sukaneka akan diadakan. Sebahagian murid akan dibahagikan sebagai ahli jawatankuasa makanan, lalu lintas, keselamatan, aktiviti dan lain-lainnya.